Lampin Saya BOCOR!!….
Posted by admin | Posted in Lampin Moden | Posted on 18-09-2009
Tags: Lampin Moden
- Adakah anda sudah mencucinya? Ini kerana material atau kain lampin moden perlu dibasuh satu hingga 3 kali cucian sebelum ianya berfungsi utk membolehkannya menyerap cairan dengan efisyen. Utk itu adalah amat bagus utk anda membasuhnya sebelum menggunakannya, ianya boleh membersihkan sebarang kotoran ketika pemprosesan kilang dan juga semasa proses penghantaran
- Sekiranya anda guna lampin jenis poket pastikan tuala insert tu sepenuhnya berada di dalam poket dan tidak terjulur keluar di belakang cd baby anda
- Adakah lampin anda itu sudah terletak elok / fit ? Bahagian yg bergetah elastic di kaki dan pinggang cd hendaklah terletak rapat di kulit bayi. Sekiranya cd kat bahagian celah paha itu tidak terletak rapat ianya akan menyebabkan kebocoran berlaku di bahagian tersebut, terutamanya di bahagian celah paha bayi. Lampin yg terlalu kecil atau terlalu besar juga ada kecenderungan akan berlaku kebocoran ( jadi pastikan saiz lampin tersebut benar-benar fit di kaki bayi anda.)
- Adakah lampin anda berkuasa menyerap atau ianya basah apabila digunakan? Ini menunjukkan lampin anda itu tidak dapat menyerap sepenuhnya mengikut keperluan yg sepatutnya diperlukan oleh anda/ bayi anda (atau adakah anda tidak menukar lampin mengikut kadar masa yg sepatutnya)
- Adakah lampin anda tidak menyerap atau menolak semula cecair / reppeling? Utk memeriksanya, sila basuh dan keringkan lampin selepas itu masukkan sedikit air di atasnya. Adakah air tersebut meresap atau ianya menitis atau mengalir? Jika ya, maknanya ianya repelling lampin itu yg repelling saya maksudkan di sini. Cuba check kat sini stripping diaper
- Adakah anda masukkan memasukkan insert terlalu banyak ke dalam lampin poket anda? Memasukkan insert yg agak banyak dari sepatutnya boleh menyebabkan lampin tersebut tidak dapat melekap rapat ke kulit bayi – bahagian tengah lampin pula akan terlalu padat di bahagian punggung baby, tapi lampin di bahagian kelangkang bayi anda akan terbuka sedikit. Ini boleh menyebabkan air kencing bayi boleh lalu di bawah celah kaki bayi anda dan seterusnya terjadi kebocoran.
Pada kebiasaannya anda akan dapati masalah lampin yg dihadapi dengan melihat dari mana kebocoran itu berlaku.
- Kebocoran di bahagian pinggang biasanya disebabkan oleh insert atau cover lampin tidak dipakaikan dengan sempurna/ dengan baik.
- Kebocoran di bahagian celah peha bayi pula biasanya adalah kerana lampin tidak cukup fit dengan kulit bayi dan tidak dapat menyerap sepenuhnya (maksudnya kena tambah insert kat dalam).
- Manakala klau bocor di keliling kaki dengan lampin sekali berasa lembab biasanya ada kaitan dgn lampin yang terlalu besar atau lampin yg tidak dipakaikan dengan baik ( agak longgar) atau diaper tersebut repelling (maksud: ia sepatutnya menyerap air tapi bila repelling terjadi ianya akan menolak/menangkis keluar air tersebut-cara selesaikannya dgn buat ‘STRIPPING’)











