Fenugreek as a Galactogogue Herb

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 12-10-2009

Tags:

Hello my friend out there!

Hari ni saya hendak berkongsi cerita pasal fenugreek as a galactogogue herb , maksudnya lebih kurang begini ‘fenugreek sebagai herba penggalak susu ibu’adakah anda pernah dengar tentang fenugreek?

Saya yakin kalau sebut nama ini hanya separuh sahaja daripada ibu-ibu di Malaysia tahu tentang herba yang sangat bagus untuk ibu yang menyusukan ini. Dalam bahasa melayunya FENUGREEK ialah HALBA. Sebenarnya saya juga dulu (semasa anak pertama) tidak pernah menemui herba ini padahalnya kalau pergi kedai rempah ratus pastinya kita akan berjumpa dengan herba ini,  sila lihat gambar fenugreek atau halba di bawah ini,

Herba Halba atau fenugreek

Herba Halba atau fenugreek

Herba Halba atau Fenugreek dari jarak dekat

Herba Halba atau Fenugreek dari jarak dekat

 Saya juga dulu amat tidak tahu akan fungsinya sehinggalah saya mencuba nya sendiri, untuk pengetahuan anda herba ini adalah salah satu daripada jenis herba yang bermanfaat untuk memperbanyakkan susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Dan akhirnya saya berjumpa dengan website SUSUIBU.COM di sinilah saya banyak menimba ilmu tentang penyusuan susu ibu terutama bagi ibu yang bekerja. Al-maklumlah dulu-dulu saya kurang sangat ilmu tentang breastfeeding sehinggakan anak pertamaku hanya sempat disusukan selama 3 bulan, bila sahaja saya mula bekerja air susu semakin sikit-sikit dan lama kelamaan anak sendiri meraung menangis kalau disuakan susu ibu.

Untuk lebih banyak maklumat tentang fenugreek dan penyusuan anda boleh ke BREASTFEEDING.COM di sini anda akan menjumpai banyak khasiat atau kepentingan fenugreek kepada ibu bekerja yang menyusukan badan. Alhamdulillah setakat ini saya telah menyusukan anak secara ekslusif ( tidak sama sekali bercampur susu formula) sampai setakat saya menulis ini anak telah berumur 10 bulan…syukur kepada Allah, ini rezekinya dapat juga merasai khasiat susu ibu, Doakan saya berjaya sehingga umurnya 2 tahun…Ameeen!!

Antara Website yang banyak membincangkan tentang kaitan fenugreek sebagai herba penggalak susu ibu:

http://www.kellymom.com/herbal/milksupply/fenugreek.html 

http://www.breastfeedingfenugreek.com/ 

Can the herb fenugreek increase a mom’s milk supply?

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Photobucket