Apa yang saya perlukan untuk bermula sebagai pengguna CD (cloth diaper / Lampin moden)

Posted by admin | Posted in Apa itu Lampin MOden?, Lampin Moden, Tip-tip berCD | Posted on 07-04-2010

Tags:

1.     Apa yang saya perlukan untuk bermula sebagai pengguna CD (cloth diaper / Lampin moden)

  • perlu 2-3 dozen(12 -24 keping ) lampin,

biasanya bagi bayi baru lahir kerap buang air kecil jadi kita memerlukan kekerapan penukaran lampin (bayi baru lahir lampin kainnya ditukar purata dalam 3 jam sekali-bayi lebih besar 4 jam sekali)

-MAKNAnya stok cd perlu banyak ketika mereka masih kecil dan semakin mereka membesar semakin sedikit lampin yang diperlukan. Mengikut pengalaman sendiri beli cd sedikit2 dahulu, dan cuba pelbagaikan jenis or jenama cd yg anda ada, sebelum anda membeli pada kuantiti yang banyak. Ini membolehkan anda mengetahui mana satukah lampin yang lebih sesuai untuk bayi anda. Tahu kenapa? Bayi adalah berbeza-beza antara satu dengan yang lain (bahkan finger print kita pun tak sama walau kembar kan ;) ) so in case bayi.. ada yang kecil comel, ada yang besar, ada pehanya chubby dan ada pulak yang kurus kecik je, jadi atas sebab inilah kita kena trial dan error, kalau kita beli untuk pertama kali dlm jumlah sedozen (12 pcs) tup…tup2 bayi tak sesuai pakai…fuh tu bukan berjimat dah kira rugi! So untuk pembelian beli sikit2 dari pelbagai jenis or jenama then bila dah jumpa yang sesuai barulah beli banyak.

  • Diaper cover atau cover lampin:

-sediakan 6 hingga 8 helai untuk bayi baru lahir dan 4 – 6 helai untuk bayi yang lebih besar.

-Sediakan 10 hingga 20 insert atau lapik dalam, bergantung kepada jenis lampin yang anda gunakan

Sesetengah CD adalah sangat menyerap, Oleh itu adakalanya anda tidak perlu kepada ‘doublers’ (lapik kedua / lapik extra) kecualilah untuk penggunaan pada waktu malam ataupun bayi anda adalah jenis yang ‘heavy wetter’ (kuat kencing-atau kencing agak banyak daripada biasa). ‘Doubler’ / lapik kedua dan ‘soaker’ / juga dipanggil insert dengan lapisan kain fleece di bahagian atas yang menyentuh bum baby adalah sangat bagus untuk bayi, ianya membuatkan mereka sentiasa merasa kering sepanjang malam. Kalau tidak bayi anda akan terjaga di malam hari kerana merasa sejuk dan kelembapan yang mereka rasai di lampin mereka.

Kuantiti ‘doubler’ atau ‘soaker’ adalah bergantung kepada anda. Saya mepunyai 10 ‘soaker’/Insert/doubler extra yang saya gunakan biasanya pada waktu malam untuk perlindungan tambahan.

  • Baldi lampin.

Apa-apa sahaja bekas yang berbentuk empat segi sama atau bulat (paling mudah gunalah baldi, sama ada yang bertutup atau tidak) yang berfungsi untuk menyimpan lampin2 yg kotor sementara menunggu hari mencuci tiba (Jika tidak mahu bau hancing lampin terbau atau meruap ke ruang rumah anda, sebaiknya baldi itu jenis yang bertutup (sememangnya sebelum kita letak lampin yang kotor di dalam baldi kita kena siram dulu lampin yang hancing tu sedikit untuk mengalirkan air kencing dalam insert tadi dan terus simpan –tapi cd tu memang lah masih berbau sebab kita bukan basuh betul-betul kan just siram je tadi untuk menghilangkan air kencing di insert tu kan..:) )

  • Beg lampin untuk menyimpan lampin yang kotor semasa keluar rumah.

 

Semasa berjalan-jalan atau ketika berada di luar rumah anda perlu ada beg lampin yang boleh menyimpan lampin yang lembab dek kerana air kencing bayi dan lampin yang berbau kerana ada najis bayi-ni kena ada ye sebab kalau lampin pakai buang biasanya ianya dibuang bila dah kotor tapi lampin moden kena simpan sebab kita boleh basuh dan guna semula, Cuma kalau berjalan-jalan takdelah kita terus basuh, so kita kena simpan sebab itu perlu ada bag yang  kalis air dan kalis bau supaya kenderaan (kalau dalam kereta) tak meruap baunya.

Biasanya ianya dipanggil ‘WETBAG’

 – maybe ada yang kata, alah pakai plastic jer…boleh pakai plastic tapi lama kelamaan banyak leh pulak beg plastic yg nak kita buang, berbanding wetbag ianya boleh basuh dan boleh pakai berkali2 dan mudah pulak kering sebab ianya juga diperbuat dari kain pul- material yang sama untuk membuat cover lampin kain moden. Sebenarnya wetbag ni banyak fungsinya simpan baju renang yang basah, atau pakaian yang basah sekalipun boleh…sebab KALIS AIR! J

-Ketika travelling anda juga perlu kepada flushable liner atau nappy liner (lapis yang boleh diflush) dan cloth wipes (pelap kain)

-ianya penting sebab kalau kita lapiskan kat bahagian punggung bayi tu dengan nappy liner cd kita akan kurang kotor terutama ketika bayi poo poo (kesan kuning tu akan melekat pada liner bukan pada inner poket tu cd tu)

2.     Berapa banyak duit yang akan saya belanjakan untuk penggunaan lampin moden?

Ianya adalah bergantung kepada jenis lampin yang anda pilih. Purata duit yang dilaburkan untuk pembelian lampin ialah dalam rm360 (untuk 12 keping lampin-1 dozen) hingga rm720 (untuk 24 keping lampin).

Berbanding penggunaan  lampin pakai buang yang boleh mencecah hingga rm3024.00  (hanya untuk seorang anak!) Jika dilihat dari aspek ini anda memang boleh berjimat dengan penggunaan lampin kain moden lebih-lebih lagi ianya boleh digunakan lagi untuk bakal adik-adiknya nanti!

JENIS LAMPIN KOS SEKEPING KOS

SEHARI

KOS SEBULAN KOS SEHINGGA 3 TAHUN  
LAMPIN PAKAI BUANG RM0.40

(merujuk kpd harga yg paling murah)

RM2.80

(RM0.40 X 7 Lampin)

RM84.00 RM3024.00  
LAMPIN KAIN MODEN RM40.00 RM400.00

(RM40.00 x 10 set Lampin)

RM960

RM40.00 X 24 set Lampin)

-Bagi pemakaian secara ekslusif

RM960.00  
           
Kesimpulannya….biar Anda tentukan!    
   

 

3.     Berapa kerap saya perlu menukar lampin bayi?

 Anda tidak digalakkan membiarkan lampin bayi anda tidak bertukar melebihi 3 jam disebabkan risiko kepada jangkitan kuman (yalah kan lampin yang dah digunakan tu dah ada air kencing atau dah kotor oleh najis..), jadi anda kena pastikan jam untuk penukaran lampin ni setiap 3 jam sekali.

Jadual Pemakaian Lampin Moden Untuk Seharian

 

 

 

Masa

 

6 am -10 am

 

10am-2pm

 

2pm-6pm

 

6pm-10pm

 

10pm-Hingga keesokan pagi

Jumlah pemakaian CD untuk tempoh siang dan malam
Bilangan pemakaian Lampin Moden  

1 CD 1 insert

 

1 CD 1 insert

 

1CD 1 insert

 

1CD 1 insert

 

1CD 2 insert

 5 CD 6 insert

*P/s: Sila sediakan 1CD dan 1 insert lebih dari jadual di atas,kerana  sekiranya baby poo atau membuang air besar kita tidak perlu menunggu 4 jam untuk menukarnya kerana dikhuatiri bakteria di najis bayi itu akan menyebabkan punggung bayi mengalami kemerahan seperti ruam, terima kasih.

4.   Bagaimana cara basuh lampin kain moden? 

Letakkan lampin yang kotor yang telah dijirus sedikit  ke dalam  baldi (sekiranya berada di rumah) atau dalam wetbag-tak perlu jirus (sekiranya berada di luar rumah) anda boleh membasuh dalam selang 3 hari sekali, dan ianya bergantung berapa banyak lampin yang anda ada. CD boleh dibasuh menggunakan cucian tangan atau mesin basuh, sebelum meletaknya ke dalam baldi  siram dulu sisa air kencing or najis bayi yang terdapat dalam lampin. Untuk membasuh gunakan serbuk pencuci yang tidak mengandungi bahan peluntur atau pelembut fabric.

Tip saya!:Mengikut pengalaman saya pula kadang-kadang kalau nak membuatkan  lampin berbau segar,  saya titikan bebrapa titisan cecair pencuci pinggan sunlight ke dalam air basuhan cd (di samping saya letakkan serbuk pencuci. Cd akan berbau segar-dan bilas seperti biasa di akhir mencuci)

Tip saya!: Gunakan hanya ¼ sahaja serbuk pencuci (hanya sedikit)

5.     Adakah saya perlu membasuh cd yang baru dibeli sebelum memakainya?

Ya. cd anda perlu di ‘prewash’ atau dicuci kali pertama sebelum cd yang baru dibeli itu digunakan. Anda perlu basuhnya dengan 3 kali basuh dan 3 kali kering (kalau tak faham sila klik sini cara basuh). Peluntur fabric adalah sangat tidak sesuai (sangat kasar)  untuk kulit bayi dan juga boleh merosakkan gentian fiber kain lampin, ianya juga boleh merosakkan keanjalan kain pul lampin dan memendekkan jangka hayat lampin anda. Yang bestnya setiap kali dibasuh lampin akan menjadi lebih berkuasa penyerapan (tapi jangan lupa elakkan detergent yang ada bahan peluntur atau enzim yang kuat serta pelembut fabric)

6.     Macamana nak membersihkan kotoran degil yang melekat di lampin ?

Sekiranya cd anda masih kekuningan selepas anda membasuhnya (terutamanya insert cd (lapik dalam) sebab inner poket cd yang diperbuat dari kain fleece adalah anti kotoran / tidak mudah lekat kotoran). Jemurkan sahaja di bawah panas terik matahari (matahari adalah peluntur semulajadi!-anda akan lihat apabila insert cd dah kering kesan kuning akan luntur sendiri). Anda boleh juga perahkan jus lemon sebelum insert cd dijemurkan di bawah panas matahari –anda akan dapati kotoran degil akan menghilang! J

Tip saya: Rasa susah nak cari buah lemon? Haa mudah jer, just guna pencuci sunlight (kalau saya biasa pakai yang lemon tu) caranya titikan sahaja sedikit ke atas kotoran degil dan sental sedikit kat bahagian kuning yang kotor tu gunakan tangan kemudian bilas macam biasa.

7.     Lampin kain VS Lampin pakai buang (yang mana lagi best?)

Walaupun cd berkait rapat dengan isu pemeliharaan alam sekitar, sebenarnya cd adalah cara yang sesuai sekali untuk menjimatkan perbelanjaan isi  rumah ianya juga adalah antara sebab utama untuk kita memikirkan keperluan  bertukar dari lampin pakai buang kepada lampin moden. Ianya  perlu dilakukan untuk anda dan juga bayi anda. Jika diamati sebaiknya keperluan bertukar kepada lampin moden bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi anda tapi juga diri anda sendiri J . CD sememangnya sangat bermanfaat untuk  mengelakkan pencemaran alam sekitar, sebenarnya ianya juga adalah pilihan tepat dari segi penjimatan kos jangka panjang dan ianya adalah selamat dan sihat untuk bayi kita

Lampin pakai buang (seperti yang saya nyatakan di tulisan saya sebelum ini)antara bahan-bahan yang terlibat dalam pembuatannya :-

  • Plastik Polyethylene dan polypropylene
  • Pulpa kertas yang telah dilunturkan menggunakan peluntur
  • Bahan gel
  • Petrolatum (sejenis bahan yang didapati dari petroleum)
  • Steril alcohol, cellulose tissue, elastic, and perfume

 

Kebanyakan bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan lampin pakai buang ini  terdedah kepada bahaya kesihatan. Terdapat beberapa kajian saintifik telah menunjukkan  bahan pewangi dan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang menyebabkan peningkatan penyakit asthma (lelah) dalam kalangan kanak-kanak. Apabila anda memikirkannya sejenak…BOLEHKAH anda membiarkan bayi anda menghabiskan paling kurang 2 tahun dalam hidupnya menggunakan lampin pakai buang yang berbahaya ini??….

 CD adalah sebenarnya adalah sepertimana yang anda lihat-IANYA ADALAH KAIN!.  

Kami mengharapkan ANDA mempertimbangkan AGAR MENGGUNAKAN cd untuk anak-anak anda yang tersayang! Siapa lagikah yang lebih prihatin untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak?-orang lain?…(oh mungkin tidak..) Fikirkanlah…anak kita tanggungjawab kita! Saya telah mula menyahut cabaran cd ini (dan ternyata tidak rugi percubaan saya untuk melakukan perubahan ini  )…dan anda pula bila nak memulakannya?….fikir-fikirkanlah…Saya berani jamin-sekali anda mencuba untuk memakaikan cd buat si manja anda, anda pasti tidak akan mahu menggunakan lampin pakai buang lagi :)

INGATLAH…ANAK KITA ADALAH AMANAH ALLAH UNTUK KITA,.. SANGGUPKAH KITA MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB INI??

‘ANAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA’

Oleh:

Pn Rahimah

(PERINGATAN KEPADA YANG HENDAK MENGGUNAKAN ARTIKEL INI SILA MINTA KEBENARAN PENULIS DAN BERI KREDIT DENGAN MELETAKKAN LINK ARTIKEL ITU KE LAMAN WEB SAYA http://www.mommyandbebe.com/blog/

Cloth Diaper For Beginners

Posted by admin | Posted in CD for Beginner | Posted on 27-03-2010

Tags:

WHAT DO I NEED TO GET STARTED?

- 2-3 dozens of cloth diapers, more for younger babies, less for older ones. We recommend trying out a few different styles before purchasing a large quantity of one style. From personal experience I prefer contour diapers for a younger baby:

snugglier fit,

no snaps or velcro strips to irritate tender skin,

as your baby grows, very adjustable contour diaper “grows” with him,

less bulky, especially on smaller babies.

Snap-ins and fitteds with lots of snaps for different size adjustments are good too, because they can fit a much wider weight range, meaning you will need less of them.

- diaper covers: 6-8 covers for newborn/infants, 4-6 covers for larger sizes.
- gentle wool wash with lanoline for wool diaper covers.
- 10-20 inserts or doublers, depending on which type of diaper you use.

Some diapers are so absorbent, that you won’t need any doublers unless for overnight use or if your munchkin is a very heavy wetter. Doublers and soakers with fleecy top lining are better for overnight use because of that stay-dry feeling. Otherwise many babies would wake up during the night because of the cold and wet feeling to their skin. The quantity depends on individual preferences. I have about 10 soakers, which I use on Max at night for extra protection.

- diaper pail. Any large square or round plastic container with a tight lid will do.

- diaper pail liner. A water- and odor-proof bag for wet and soiled diapers. Make sure it fits well over your diaper pail.

- diapering accessories such as: 2-3 wet bags for travelling, flashable liners & cloth wipes .

HOW MUCH MONEY WOULD I NEED TO INVEST IN CLOTH DIAPERING?

It all depends on the type of diapers you choose. The average investment would be between $400 to $1200-$1400 incl. two extra laundry loads per week. Comparing this to over $2,000 in disposables for a two-year period you will save quite a bit of money, especially if you plan to cloth diaper your subsequent children too!

HOW OFTEN WILL I NEED TO CHANGE MY BABY?

It is not recommended to leave your baby in wet diaper for over two hours due to increased risk of infection, so do check her often. At least every 1.5 to 2 hours. Due to the nature of cloth diapers, many cloth diapered babies are potty trained a lot sooner then the ones in disposable diapers.

HOW DO I WASH MY DIAPERS?

Keep your wet and soiled diapers in the diaper pail and wash them every 3-4 days, depending on how many you have on hand. Cloth diapers should be washed on hot cycle with any detergent that does not contain bleach or fabric softener. Add a couple of drops of tea tree or eucalyptus oil to your detergent to boost the antibacterial properties.

DO I NEED TO WASH CLOTH DIAPERS PRIOR TO USE?

Yes, your cloths diapers need to be washed before use in order to reach their maximum absorption capacity. Wash in a full cycle, using hot water, and your non-bleach household detergent. Bleach is very harsh against your baby’s skin and may damage the diaper’s fibers and elastics, reducing its lifespan. Your cotton diapers and liners will arrive sort of stiff and flat, but will fluff up and soften wonderfully just after one wash!

HOW DO I GET THE STAINS OUT?

If your diapers got stained we recommend to hang wet diapers in the direct sun outside for a few hours to dry. You can also squirt it with a little lemon juice before the sunshine “treatment”. The stubborn stain should come right out after this.

CLOTH VS. DISPOSABLES

Apart from the obvious environmental reasons, there are great economical and health reasons to why switching to cloth diapers is better for you and your baby.

It’s a money saver. In two years from birth to potty training each baby needs an astonishing 6000 diaper changes. Choosing cloth can save you up to $2000! Even with extra laundry to do. The savings will be even bigger if a family chooses a more affordable cloth diapering option such as contour diapers or prefolds.

Disposable diapers are made with polyethylene and polypropylene plastic with bleached paper pulp, AGM (a gelling substance), petrolatum, sterile alcohol, cellulose tissue, elastic, and perfume. Many of the chemicals used in the production of disposable diapers are direct health hazards. Some scientific studies have linked disposable diapers and their harsh perfumes and toxic substances to the increase of asthma in small children. Now think about that your baby could spend at least two years of his life in those diapers and you will see the picture.

Cloth diapers, on the other hand are what they are – cloth. Organic cloth diapers are even better, because the fabric or yarn they are made of have never been treated with chemicals. We applaud you for considering cloth for your little one! Once you’ve tried it – you will never want to use disposable diapers again.
Enjoy!

Natallia. Organic Mom and Founder of Organic By Nature company
http://www.organicbynature.ca

Mommy & Bebe Giveaway-Closed

Posted by admin | Posted in poll & gveaway | Posted on 22-02-2010

Tags:

 

(Contest Closed)

 Pemenang Contest ini telah pun diumumkan (Sila rujuk nama pemenang kat bawah sekali)

Assalamualaikum. Hai apa khabar semua, moga dalam keadaan sihat walafiat. Terkini!! kami  mengadakan giveaway @ nak beri hadiah khas buat pelanggan kami! Jom join giveaway! :) (Sila baca  term kat bawah yea..acctually pihak mommy & bebe ada buat update kat tarikh tutup dan hadiah…bg yg telah buat entry tu jangan lupa selalu2 lah jengah kat sini yea..bukan aper kadang tu hadiahnyer pandai bertambah hehe:) berkurang tidak ler pulak hehe :) )

Ok saat untuk menyertai giveaway mommyandbebe sudah bermula ayuh sertainya!

Syarat Penyertaan Mommy & Bebe Giveaway

  • Anda mestilah member berdaftar mommyandbebe.com (jika belum daftar-klik sini)
  • Hendaklah menjadi fan kami di facebook (sila klik di sidebar blog ini)
  • Anda perlu mengisi borang soal selidik Mommy & Bebe (di bawah sekali)
  • Sila copy paste kod banner di bawah dan letakkan di sidebar website / blog anda dan letak tajuk Mommy & Bebe Giveaway
  • Buat satu entry tentang Mommy & Bebe Giveaway di blog anda
  • Kemudian anda copy link entry tersebut kat ruang komen di bawah
  • Penyertaan bermula pada 24/02/2010 dan berakhir 26/03/2010 (update: berakhir pada 30 april 2010)
  • Pemenang akan diumumkan pada 31/03/2010 (update: pemenang diumumkan pada 1 mei 2010)
  • Mudah saja bukan? Yea! Tak pening kepala mengarang slogan dan sebagainya!
  • Pemenang akan dipilih secara rawak kat random.org yea!
  • Hanya seorang pemenang bertuah akan di pilih dan hadiahnya ialah: 1CD 1 INSERT MOMMYANDBEBE MINKY CD!! (update: kami mencari 4 orang pemenang!) hadiahnya sila lihat kat image bawah ni :) selamat mencuba kengkawan semua :) )


!

Mommy & Bebe Poll:-

Name:
Email Address:
Sekiranya anda diberi pilihan apakah produk(sama ada produk yang terdapat di mommyandbebe.com atau yang belum ada / cadangan) yang anda ingin dapatkan di mommyandbebe.com? Breast pump dan aksesorinya (seperti medela, spectra)

Pakaian bayi

Baju kurung kanak-kanak

Kain barut dan bedung bayi

Lampin moden / cloth diaper

Set selepas bersalin

Baju kurung/blouse/jubah/T-shirt (penyusuan/nursing)

Nursing Bra/Bra penyusuan

Parenting Book
Lain-lain? Sila nyatakan

 

UPDATED: SENARAI NAMA PESERTA GIVEAWAY MOMMYANDBEBE.COM

Berikut ini adalah senarai kengkawan yang telah menyertai giveaway ini (walaubagaimanapun terdapat beberapa contestant yang lain tidak dipaparkan penyertaannya di sini kerana tidak memenuhi syarat seperti yg terpampang di atas, antaranya ada yang hantar borang soal selidik sahaja, dan lain-lain yang tak lengkap..minta maaf bebanyak yek…kami kena berlaku adil kepada peserta yang memenuhi syarat tersebut)

Senarai peserta:

1. Aisyah Megahasz

2. Siti Rahma Malusirang

3. Nuzula

4. Anin

5. Zaikulim

6. Mamalyna

7. Taufid

8. Ummu Adam

9. Sara

10. habibah

11. Kin

12. Miki

13. Marsha

14. Osso79

15. Nida

  

 DAN PEMENANGNYA IALAH (NO PESERTA AKAN DIPILIH SECARA RAWAK DI WEBSITE RANDOM.ORG )

1. PEMENANG LAMPIN MOMMYANDBEBE CD: NUZULA (NO 3)

2. PEMENANG MINKY CD: AISYAH MEGAHASZ (NO 1)

3. PEMENANG DIAPER COVER BRAND TWEEDLE BUG’S: NIDA (NO. 15)

4.PEMENANG INSERT HEMP: MARSHA (NO. 13)

=====>> BAGI PARA PEMENANG DI ATAS JANGAN LUPA SILA TINGGALKAN

  • KOMEN ANDA DI SINI (TENTANG KEMENANGAN ANDA )
  • SILA  EMAILKAN JUGA BUTIR-BUTIR PENTING SEPERTI ALAMAT PENGHANTARAN, NAMA PENUH, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI, KE EMAIL KAMI MOMMYANDBEBE@GMAIL.COM
  • ANDA KENA BUAT ENTRY BERKENAAN KEMENANGAN ANDA DI BLOG ANDA,  
  • DAN APABILA HADIAH DAH DAPAT KE TANGAN ANDA NANTI JANGAN LUPA SEKALI LAGI BUAT ENTRY ANDA KAT BLOG DAN BERI TESTIMONIAL ANDA BERKENAAN HADIAH YANG TELAH SAMPAI KE TANGAN ANDA (DAN MESTI BERGAMBAR-SNAP GAMBAR HADIAH ANDA ITU NANTI)  

OK TAHNIAH PADA YANG MENANG, DAN PADA YANG TIDAK BERNASIB BAIK INSYAALLAH DI MASA-MASA AKAN DATANG KAMI AKAN BUAT LAGI GIVEAWAY UNTUK ANDA SERTAI,  OK JANGAN SEDIH-SEDIH YA

Soal Jawab CD

Posted by admin | Posted in Apa itu Lampin MOden?, Lampin Moden | Posted on 16-02-2010

Tags:

1. Soalan: Cloth Diaper ni apa yea?

Jawapan:

  • Cloth diaper ini adalah dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud lampin kain, sebab itu di kalangan para ibu nama manjanya ialah CD (ringkasan untuk C utk Cloth dan D utk Diaper)
  • Biasanya yang menggunakan lampin kain ini adalah kepada bayi atau kanak2 yg masih belum pandai membuang air kecil mahupun air besar dengan sendiri.
  • Tapi ianya bukan sebarangan lampin kain (minta sorry yea, ianya bukan lampin kain putih yang berbentuk segi 4 yg klau baby kencing habis lencun kita dibuatnya dek kerana kain lampin tu tak dapat menahan cecair kencing baby tu)..so apa yea?…ya lampin kain dah berevolusi sekarang ianya sudah berfungsi sprti lampin kain pakai buang daaa,,,yg klau baby poo or pee (buang air besar/kecik) takkan melimpah keluar nyer.Jadilah namanya LAMPIN KAIN MODEN!

Bayi yang memakai lampin moden

Soalan 2: Lampin kain moden ni kainnya/materialnya diperbuat daripada apa?

  • Biasanya lampin kain moden ni terdapat dalam dua bahagian, satu bahagian ialah cd cover atau juga seluar lampin tu(sila rujuk gambar kat bawah) dan satu lagi ialah lapisan di dalam yang boleh menampung poo atau pee bayi.
  • CD cover kainnya ialah daripada Kain PUL.

Penerangan bergambar ttg cd Lampin kain moden (jenis poket)

Soalan: macamana ya kalau kali pertama guna cd ni?, berapa yang perlu digunakan untuk pemakaian sehari suntuk?….
Jawapan: hmmmm klau ikut saya yg simple ni, lebih kurang macam nie ler rutin penggunaan cd yang saya eksperimenkan utk saya dan termasuklah tester cd c ummie nie sapa lagi klau bukan c adek

8:00 pg – 12:00 tgh=> 1 cd dengan 1 insert

(kira-kira baby bangun dari tido jam 7 pg lah kan…) so anak saya biasanya akan mandi lebih kurang jam lapan pagi, jd selepas mandi pagi c adek akan pakai cd dengan satu insert sahaja ( ianya mencukupi dan memang baby saya x pernah pun leaking klau buang air kecil)

12:00 tgh – 4:00 petang => 1 cd dengan 1 insert*

*(Perhatian: kiranya penggunaan nih klau c baby tu tidak buang

Soalan: Bolehkah kalau cd yg baby dah pakai tu dipakai semula, hanya gantikan insert yg kat dalam tu jer?

Jawapannya: Kalau mommies yg masih baru nak bertukar ke lampin kain moden ni mesti tertanya2 kan kenapa lah tak boleh pakai je cd tu semula.. dah dikatakan sentiasa kering yg basah hanya insert kat dalam…? Betul lining or lapisan kat dalam cd tu sentiasa kering kerana ia hanya menarik lembapan cecair poo or kencing baby tu ke bahagian dalam insert, walaubagaimanapun kan cloth diaper ni dicipta dari kain…so ibarat kita pakai baju klau baju tu dah kotor 3, 4 jam kita nak pakai ke sehari suntuk? so tak mau kan?…mesti kita akan kata nanti kotoran tu akan jadi tempat kuman or bakteria membiak plak kan…so cd pon cam tu jugaklah…sememangnya ianya tak seperti lampin pakai buang yg boleh menyebabkan ruam, akan tetapi kalau baby terlampau lama pakai lampin yg kotor takut pula kuman boleh membiak gak kan…

*so setakat ni aja dulu lah yea klau ada lagi persoalan dari para mama2 sekalian, akan ku cuba jawab akan datang.terima kasih.

Soalan: Macamana nak basuh lampin kain moden / CD yang baru dibeli tu? Kali pertama basuh kena rendam lama2 kah?

Jawapan: Ok cam ni ya ibu2, mama2 dan ummie dan apa sahaja lah pun panggilannya…semua nak yg terbaik utk anak2 kan. Ok bila dah dapat CD baru tu keluarkan dari bungkusannya, pastu basuh dengan air sahaja tanpa guna sabun cuci, so yg kena basuh ni ialah cd, dan microfiber insert cd tu. Tak perlu rendam lama..CUMA! kena basuh 3 kali cuci dan 3 kali kering,…camner ek? haa cengghini..Boleh basuh guna tangan, or pakai mesin basuh tp klau guna mesin basuh ni kena letak dalam beg basuhan atau omputihnye laundry bag (alah tu…beg yang jarang-jarang tu dan berzip) fungsinya untuk menjaga jahitan cd…tau ajalah mesin basuh agak ‘bertenaga sikit’ klau basuh kain. so dah selesai membasuh dan dahpun dibilas serta di’spin’kan, kemudian keringkan kat sidaian/jemuran kain. So sesi pertama pencucian / proses membasuh dan mengeringkan kat jemuran ni baru memenuhi syaratnya 1 kali basuh, dan satu kali kering. So just ulang basuh pastu kering, dan seterusnya sampai cukup 3 kali basuh dan 3 kali kering. Bila dah selesai proses ‘bertiga2′ nih maka bolehlah kita pakaikan pada baby kiter..

Soalan: Kenapa basuh dan keringkan 3 kali baru boleh pakai? Basuh sekali kan dah bersih?

Jawapan: Puan2 sekalian ini kerana bukan isu terlampau hendak membersihkan lampin tu or cd tu, kali pertama basuhan sememangnya sudah bersih…cumanya kita nak mempersiapkan cd kita tu agar lebih efisyen / mahir / terrer menyerap kencing mahupun poo baby. So klau kita tak membuatkan cd baru tu mengalami atau melalui proses bertiga2 ni maka cd kita tu akan jadi tak ada kuasa menyerap, dengan kata lain air kencing baby tak boleh ditampung dan boleh menyebabkan leaking atau kebocoran! jadi klau macam begini tak sesuai lah pulak namanya lampin moden yek…:-). Itulah istimewanya kain lampin moden ni, semakin dibasuh semakin berkuasa! ( tapi puan2 pun kena tau apa pantang larangnya supaya cd kita tu tahan lama memakainya.

Cara Mencuci Insert Bamboo & Hemp

Posted by admin | Posted in Bamboo, Cuci Lampin, Hemp Insert, hemp | Posted on 12-02-2010

Tags: , ,

Cara mencuci insert jenis bamboo dan hemp:

Sebelum menggunakannya anda perlulah:

  • Gunakan Hanya sedikit sabun cuci yang tidak ada bahan peluntur/pemutih, tiada pelembut dan bukan yang mempunyai enzim yg kuat.
  • Basuh 3 kali (proses bertiga-tiga: basuh lepas tu keringkan hingga 3 kali proses ini -berulang)menggunakan air panas
  • Pada cucian kali pertama, hanya gunakan separuh daripada scoop penyukat serbuk pencuci (klau takde disertakan, maksudnya gunakan sedikit sahaja daripada kebiasaannya anda menggunakan serbuk pencuci). Untuk cucian kali kedua dan ketiga anda hanya basuh menggunakan air sahaja tak perlu sabun basuh.
  •  Keringkan lampin yang telah dibasuh. Anda juga boleh mengeringkannya menggunakan mesin pengering kain TETAPI HANYA gunakan cool dan warm cycle sahaja. Sekiranya anda gunakan hot cycle ianya boleh menyebabkan lampin anda rosak. Tapi yang terbaik  ialah menjemurnya di bawah sinaran cahaya matahari.

       Kenapa ianya perlu dilakukan?

  • Hemp dan bamboo insert adalah fabric  semulajadi, ianya mengandungi lembapan semulajadi (minyak).
  • Jadi  perlu dibasuh beberapa kali sebelum ianya berfungsi dengan daya serapan tinggi.
  • Hemp dan bamboo insert adalah sangat berkuasa menyerap cecair (untuk lampin bayi-ia berkuasa menyerap kencing bayi), dan untuk setiap kali proses mencuci yang dilalui oleh kedua jenis insert ini ianya akan semakin berkuasa menyerap cecair.
  • Selepas 3 kali basuhan tadi (3 kali basuh dan 3 kali kering). Barulah Insert hemp dan bamboo tadi boleh dibasuh bersekali dengan lampin yang lain.
  • Sebenarnya selepas melalui 3 kali cucian tadi, insert hemp dan bamboo ini belum lagi mencapai tahap maksima daya penyerapannya sehinggalah ia dibasuh sebanyak 12 kali basuhan. Tetapi untuk pra cucian / pre wash memadailah sebanyak 3 kali kerana sudah tentu ianya akan sentiasa dibasuh dari masa ke semasa ketika anda memakaikannya untuk bayi anda, dan yang bestnya semakin basuh semakin ianya berdaya kuasa tinggi menyerap cecair kencing bayi anda!

 

Insert Bambu / Bamboo insert

Insert Bambu / Bamboo insert

Hemp Insert

Hemp Insert

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Photobucket