Benarkah Penggunaan Lampin Moden Lebih Penjimatan?
Posted by admin | Posted in Lampin Moden Dan Penjimatan | Posted on 19-10-2009
Tags: Lampin Moden Dan Penjimatan
Ramai di antara kita terutamanya ibu bapa sangat ingin tahu sejauhmana kebenarannya lampin moden menjimatkan?
Lampin moden adalah sejenis lampin yang diperbuat daripada kain PUL atau nama penuhnya Polyuerythene yang mana kain ini adalah jenis kalis air dan kain luaran lampin moden atau cover lampin moden itu diperbuat daripada kain PUL tersebut (ia berfungsi menyebabkan cecair yang berada di bahagian dalam lampin tidak akan tembus ke bahagian luar lampin). Maka ianya berfungsi sama seperti lampin pakai buang yang ada sekarang. Cuma perbezaan besarnya ialah LAMPIN MODEN BOLEH DIPAKAI BERULANGKALI SEBAB BOLEH DIBASUH, MANAKALA LAMPIN PAKAI BUANG HANYA SEKALI PAKAI SAHAJA LEPAS TU BUANG..
Baik sekarang kita tinjau pula dari segi perbelanjaan kewangan dan perbandingannya antara pemakaian lampin moden dan lampin pakai buang
Perbandingan Perbelanjaan Bagi Penggunaan Lampin Moden dan Lampin Pakai buang
|
JENIS LAMPIN |
KOS SEKEPING |
KOS SEHARI |
KOS SEBULAN |
KOS SEHINGGA 3 TAHUN |
|
LAMPIN PAKAI BUANG |
RM0.40 (merujuk kpd harga yg paling murah) |
RM2.80 (RM0.40 X 7 Lampin) |
RM84.00 |
RM3024.00 |
|
LAMPIN KAIN MODEN |
RM40.00 |
RM400.00 (RM40.00 x 10 set Lampin) |
RM960 RM40.00 X 24 set Lampin) -Bagi pemakaian secara ekslusif |
RM960.00 |
|
Kesimpulannya….biar Anda tentukan! |
|
|||
|
|
||||
Bagi saya membuat keputusan untuk memilih kepada lampin moden sememangnya memerlukan kita kepada anjakan paradigma! Sebenarnya seperti yang pernah kita bincangkan terdahulu ada banyak sebab kenapa kita perlu memilih lampin moden: antaranya:-
- Sudah tentu kerana penjimatan perbelanjaan bulanan kerana lampin moden hanya perlu beli sekali tetapi penggunaan sehingga 3 tahun, pasti berbaloi!
- Mengurangkan sampah! Bila memilih lampin moden bermakna kita memilih untuk tidak terbabit dalam pencemaran alam, yalah.. dengan isu penebangan pokok untuk penghasilan kertas (ingat lampin pakai buang adalah kertas bukan kain!), kerana ia juga terlibat dengan isu plastik-ingat pembuatan plastik ada kaitan dgn petroleum suatu tenaga yg tidak boleh diperbaharui…bahkan juga plastik ini hanya reput dalam tempoh 500 tahun!, jadi kalau hari-hari buang sampah lampin pakai buang dan belum lagi masuk jenis sampah lain-lain…takut nanti generasi akan datang hidup di celah-celah sampah, bahkan banyak terdapat laporan media di dada akhbar mahupun televisyen membuat laporan berkenaannya.
- Kesihatan terjamin, lampin moden diperbuat daripada kain, manakala lampin pakai buang terlibat dengan pelbagai peringkat pemerosesan sehinggalah ianya menjadi seperti yang kita nampak tu. Belum termasuk lagi dengan bahan kimia yg terdapat di dalam lampin pakai buang untuk menahan lembapan. Lagi lampin moden ni tiada masalah ruam!
- Dan pelbagai sebab lagilah, dan kita renung-renungkanlah ya!











