Soal Jawab CD

Posted by admin | Posted in Apa itu Lampin MOden?, Lampin Moden | Posted on 16-02-2010

Tags:

1. Soalan: Cloth Diaper ni apa yea?

Jawapan:

  • Cloth diaper ini adalah dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud lampin kain, sebab itu di kalangan para ibu nama manjanya ialah CD (ringkasan untuk C utk Cloth dan D utk Diaper)
  • Biasanya yang menggunakan lampin kain ini adalah kepada bayi atau kanak2 yg masih belum pandai membuang air kecil mahupun air besar dengan sendiri.
  • Tapi ianya bukan sebarangan lampin kain (minta sorry yea, ianya bukan lampin kain putih yang berbentuk segi 4 yg klau baby kencing habis lencun kita dibuatnya dek kerana kain lampin tu tak dapat menahan cecair kencing baby tu)..so apa yea?…ya lampin kain dah berevolusi sekarang ianya sudah berfungsi sprti lampin kain pakai buang daaa,,,yg klau baby poo or pee (buang air besar/kecik) takkan melimpah keluar nyer.Jadilah namanya LAMPIN KAIN MODEN!

Bayi yang memakai lampin moden

Soalan 2: Lampin kain moden ni kainnya/materialnya diperbuat daripada apa?

  • Biasanya lampin kain moden ni terdapat dalam dua bahagian, satu bahagian ialah cd cover atau juga seluar lampin tu(sila rujuk gambar kat bawah) dan satu lagi ialah lapisan di dalam yang boleh menampung poo atau pee bayi.
  • CD cover kainnya ialah daripada Kain PUL.

Penerangan bergambar ttg cd Lampin kain moden (jenis poket)

Soalan: macamana ya kalau kali pertama guna cd ni?, berapa yang perlu digunakan untuk pemakaian sehari suntuk?….
Jawapan: hmmmm klau ikut saya yg simple ni, lebih kurang macam nie ler rutin penggunaan cd yang saya eksperimenkan utk saya dan termasuklah tester cd c ummie nie sapa lagi klau bukan c adek

8:00 pg – 12:00 tgh=> 1 cd dengan 1 insert

(kira-kira baby bangun dari tido jam 7 pg lah kan…) so anak saya biasanya akan mandi lebih kurang jam lapan pagi, jd selepas mandi pagi c adek akan pakai cd dengan satu insert sahaja ( ianya mencukupi dan memang baby saya x pernah pun leaking klau buang air kecil)

12:00 tgh – 4:00 petang => 1 cd dengan 1 insert*

*(Perhatian: kiranya penggunaan nih klau c baby tu tidak buang

Soalan: Bolehkah kalau cd yg baby dah pakai tu dipakai semula, hanya gantikan insert yg kat dalam tu jer?

Jawapannya: Kalau mommies yg masih baru nak bertukar ke lampin kain moden ni mesti tertanya2 kan kenapa lah tak boleh pakai je cd tu semula.. dah dikatakan sentiasa kering yg basah hanya insert kat dalam…? Betul lining or lapisan kat dalam cd tu sentiasa kering kerana ia hanya menarik lembapan cecair poo or kencing baby tu ke bahagian dalam insert, walaubagaimanapun kan cloth diaper ni dicipta dari kain…so ibarat kita pakai baju klau baju tu dah kotor 3, 4 jam kita nak pakai ke sehari suntuk? so tak mau kan?…mesti kita akan kata nanti kotoran tu akan jadi tempat kuman or bakteria membiak plak kan…so cd pon cam tu jugaklah…sememangnya ianya tak seperti lampin pakai buang yg boleh menyebabkan ruam, akan tetapi kalau baby terlampau lama pakai lampin yg kotor takut pula kuman boleh membiak gak kan…

*so setakat ni aja dulu lah yea klau ada lagi persoalan dari para mama2 sekalian, akan ku cuba jawab akan datang.terima kasih.

Soalan: Macamana nak basuh lampin kain moden / CD yang baru dibeli tu? Kali pertama basuh kena rendam lama2 kah?

Jawapan: Ok cam ni ya ibu2, mama2 dan ummie dan apa sahaja lah pun panggilannya…semua nak yg terbaik utk anak2 kan. Ok bila dah dapat CD baru tu keluarkan dari bungkusannya, pastu basuh dengan air sahaja tanpa guna sabun cuci, so yg kena basuh ni ialah cd, dan microfiber insert cd tu. Tak perlu rendam lama..CUMA! kena basuh 3 kali cuci dan 3 kali kering,…camner ek? haa cengghini..Boleh basuh guna tangan, or pakai mesin basuh tp klau guna mesin basuh ni kena letak dalam beg basuhan atau omputihnye laundry bag (alah tu…beg yang jarang-jarang tu dan berzip) fungsinya untuk menjaga jahitan cd…tau ajalah mesin basuh agak ‘bertenaga sikit’ klau basuh kain. so dah selesai membasuh dan dahpun dibilas serta di’spin’kan, kemudian keringkan kat sidaian/jemuran kain. So sesi pertama pencucian / proses membasuh dan mengeringkan kat jemuran ni baru memenuhi syaratnya 1 kali basuh, dan satu kali kering. So just ulang basuh pastu kering, dan seterusnya sampai cukup 3 kali basuh dan 3 kali kering. Bila dah selesai proses ‘bertiga2′ nih maka bolehlah kita pakaikan pada baby kiter..

Soalan: Kenapa basuh dan keringkan 3 kali baru boleh pakai? Basuh sekali kan dah bersih?

Jawapan: Puan2 sekalian ini kerana bukan isu terlampau hendak membersihkan lampin tu or cd tu, kali pertama basuhan sememangnya sudah bersih…cumanya kita nak mempersiapkan cd kita tu agar lebih efisyen / mahir / terrer menyerap kencing mahupun poo baby. So klau kita tak membuatkan cd baru tu mengalami atau melalui proses bertiga2 ni maka cd kita tu akan jadi tak ada kuasa menyerap, dengan kata lain air kencing baby tak boleh ditampung dan boleh menyebabkan leaking atau kebocoran! jadi klau macam begini tak sesuai lah pulak namanya lampin moden yek…:-). Itulah istimewanya kain lampin moden ni, semakin dibasuh semakin berkuasa! ( tapi puan2 pun kena tau apa pantang larangnya supaya cd kita tu tahan lama memakainya.

Related Posts with Thumbnails

Comments:

There are (2) Comments for the Soal Jawab CD

Post a comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Photobucket