Dilemma mencuci lampin….;(

Posted by admin | Posted in Cuci Lampin | Posted on 08-12-2009

Tags:

washDilema mencuci lampin,… sepanjang saya berhadapan dengan customer  di mommyandbebe.com, saya selalu diajukan dengan beberapa soalan yang kerapkali ditanyakan kepada saya selaku  tukang jual peniaga lampin moden.

Soalannya ialah ‘tak leceh kah basuh lampin ni?’, ‘senang ke nak basuh?’, saya nak juga memakaikan anak saya lampin tapi tang mencuci tu yang rasa…macam tak best tak rajin  sikit…’. Haa pernah tak terfikirkan soalan ni….mesti pernah kan…seperti mana anda saya dulu juga begitu, sebab bukan apa lagilah kalau ibu yang berkerjaya, takut tak sempat nak basuh kan..banyak kerja lagi nak kena buat , dah tu penat lah…kan? Kan?…kan?

Jadi para mommies di luar sana jangan bimbang pasal membasuh sebenarnya ianya mudah saja untuk menghandle lampin moden ni.

Caranya ialah seperti berikut:

 

 

  • Bagi lampin yang telah terkena kencing , anda dikehendaki mengeluarkan terlebih dahulu insert dari poket lampin, then jirus insert dengan air begitu juga lampin moden atau cd/cover lampin, jirus sehingga dirasakan cecair kencing yang ada di tuala insert dan di lining cover lampin hilang. Tak payah lah lama-lama jrus air tu just lalukan aje air tu kat insert dan lampin moden then boleh campak dalam baldi (pesanan! Jangan direndam yea, just letak macam tu aje).

 

  • Manakala bagi cd yang ada najis bayi pulak just jirus najis yang bertepek kat lining cover lampin tu then jiruskan air seingga semua najis tadi telah bersih dilalukan dengan air. Setelah selesai proses ‘pengasingan’ najis tadi, iaitu insert dan cd lampin telah dijirus maka bolehlah letak kat baldi .

 

  • Bagi yang ingin memakaikan lampin secara sepenuh masa means dari siang ke malam, anda boleh memiliki sebanyak 24 keping lampin. Jadi dalam sehari anda pakai 12 pcs lampin maka untuk keesokannya anda masih ada lagi stok 12 pcs lampin yang bersih, jadi dalam kiraan ini anda kena cuci lampin 2 hari sekali (so takyah cuci hari-hari), tapi maksimanya 2 atau 3 hari saja yea, takleh stok lampin tu lama2 coz ikut pengalaman sendiri lampin tu jadi berbau hancing hidung kembang kempis  . ;)   dan insert lampin jadi kehitaman (kalau tak jirus air kencing or poo tu sebelum diletak dlm baldi)   

   

  • So masih susah hati?….erm tunggu ada lagi..Berita baiknya! ialah…lampin ni boleh basuh ngan mesin basuh, pakai mesin basuh je lagi senang, ok caranya mudah sahaja, kita hendaklah mempunyai Washig Bag atau Washing net @ Bakul jaring tu, kita letakkan semua lampin kotor tu dalam beg tu (untuk menjaga jahitan lampin moden agar tidak terkoyak)

 

  • Penggunaan serbuk pencuci pulak mestilah yang tidak ada enzim pemutih, tidak ada pewangi, dan jangan sekali-kali pakai softener (ini semua akan menyebabkan cd/lampin anda hilang keupayaan nya yang super menyerap cecair tu ye)

 

  • Penggunaan serbuk pencuci pula adalah ¼ daripada jumlah cucian kita tu, dan jangan guna jumlah serbuk cuci tu sangat banyak kerana ia boleh ‘build up’ terhadap kain pul dan juga insert lampin. Bila ini terjadi ianya akan menyebabkan kehilangupayaan insert dan lampin anda menyerap.

 

  •  Ok itu jer lah setakat ni nanti kalau ada idea lagi insyaAllah saya nak menulis panduan mencuci lampin ni dengan gambarnya sekali, ok chow cin cau…lenkali singgah sini lagi untuk pos terbaru yea,  tenkiu for reading ;)

 

 

Related Posts with Thumbnails

Post a comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Photobucket