Taking Care of Velcro Fasteners

Posted by admin | Posted in Tip-tip berCD | Posted on 09-05-2010

Tags:

Velcro fasteners can damage your cloth diapers. Be sure to use the laundry tabs. Taking Care of Velcro Fasteners Use laundry tabs with your Velcro fasteners to protect them during a wash so they don’t snag other parts of the diaper or get fluffy buildup caught in the hooks. A laundry tab is a loop side piece of Velcro that you attach to the hook side of the fastener so there are no snagging issues. If you do get a fluffy build-up, use a comb to clean off the Velcro tab. Pet stores have some nice stainless steel combs that work well.

Apa yang saya perlukan untuk bermula sebagai pengguna CD (cloth diaper / Lampin moden)

Posted by admin | Posted in Apa itu Lampin MOden?, Lampin Moden, Tip-tip berCD | Posted on 07-04-2010

Tags:

1.     Apa yang saya perlukan untuk bermula sebagai pengguna CD (cloth diaper / Lampin moden)

  • perlu 2-3 dozen(12 -24 keping ) lampin,

biasanya bagi bayi baru lahir kerap buang air kecil jadi kita memerlukan kekerapan penukaran lampin (bayi baru lahir lampin kainnya ditukar purata dalam 3 jam sekali-bayi lebih besar 4 jam sekali)

-MAKNAnya stok cd perlu banyak ketika mereka masih kecil dan semakin mereka membesar semakin sedikit lampin yang diperlukan. Mengikut pengalaman sendiri beli cd sedikit2 dahulu, dan cuba pelbagaikan jenis or jenama cd yg anda ada, sebelum anda membeli pada kuantiti yang banyak. Ini membolehkan anda mengetahui mana satukah lampin yang lebih sesuai untuk bayi anda. Tahu kenapa? Bayi adalah berbeza-beza antara satu dengan yang lain (bahkan finger print kita pun tak sama walau kembar kan ;) ) so in case bayi.. ada yang kecil comel, ada yang besar, ada pehanya chubby dan ada pulak yang kurus kecik je, jadi atas sebab inilah kita kena trial dan error, kalau kita beli untuk pertama kali dlm jumlah sedozen (12 pcs) tup…tup2 bayi tak sesuai pakai…fuh tu bukan berjimat dah kira rugi! So untuk pembelian beli sikit2 dari pelbagai jenis or jenama then bila dah jumpa yang sesuai barulah beli banyak.

  • Diaper cover atau cover lampin:

-sediakan 6 hingga 8 helai untuk bayi baru lahir dan 4 – 6 helai untuk bayi yang lebih besar.

-Sediakan 10 hingga 20 insert atau lapik dalam, bergantung kepada jenis lampin yang anda gunakan

Sesetengah CD adalah sangat menyerap, Oleh itu adakalanya anda tidak perlu kepada ‘doublers’ (lapik kedua / lapik extra) kecualilah untuk penggunaan pada waktu malam ataupun bayi anda adalah jenis yang ‘heavy wetter’ (kuat kencing-atau kencing agak banyak daripada biasa). ‘Doubler’ / lapik kedua dan ‘soaker’ / juga dipanggil insert dengan lapisan kain fleece di bahagian atas yang menyentuh bum baby adalah sangat bagus untuk bayi, ianya membuatkan mereka sentiasa merasa kering sepanjang malam. Kalau tidak bayi anda akan terjaga di malam hari kerana merasa sejuk dan kelembapan yang mereka rasai di lampin mereka.

Kuantiti ‘doubler’ atau ‘soaker’ adalah bergantung kepada anda. Saya mepunyai 10 ‘soaker’/Insert/doubler extra yang saya gunakan biasanya pada waktu malam untuk perlindungan tambahan.

  • Baldi lampin.

Apa-apa sahaja bekas yang berbentuk empat segi sama atau bulat (paling mudah gunalah baldi, sama ada yang bertutup atau tidak) yang berfungsi untuk menyimpan lampin2 yg kotor sementara menunggu hari mencuci tiba (Jika tidak mahu bau hancing lampin terbau atau meruap ke ruang rumah anda, sebaiknya baldi itu jenis yang bertutup (sememangnya sebelum kita letak lampin yang kotor di dalam baldi kita kena siram dulu lampin yang hancing tu sedikit untuk mengalirkan air kencing dalam insert tadi dan terus simpan –tapi cd tu memang lah masih berbau sebab kita bukan basuh betul-betul kan just siram je tadi untuk menghilangkan air kencing di insert tu kan..:) )

  • Beg lampin untuk menyimpan lampin yang kotor semasa keluar rumah.

 

Semasa berjalan-jalan atau ketika berada di luar rumah anda perlu ada beg lampin yang boleh menyimpan lampin yang lembab dek kerana air kencing bayi dan lampin yang berbau kerana ada najis bayi-ni kena ada ye sebab kalau lampin pakai buang biasanya ianya dibuang bila dah kotor tapi lampin moden kena simpan sebab kita boleh basuh dan guna semula, Cuma kalau berjalan-jalan takdelah kita terus basuh, so kita kena simpan sebab itu perlu ada bag yang  kalis air dan kalis bau supaya kenderaan (kalau dalam kereta) tak meruap baunya.

Biasanya ianya dipanggil ‘WETBAG’

 – maybe ada yang kata, alah pakai plastic jer…boleh pakai plastic tapi lama kelamaan banyak leh pulak beg plastic yg nak kita buang, berbanding wetbag ianya boleh basuh dan boleh pakai berkali2 dan mudah pulak kering sebab ianya juga diperbuat dari kain pul- material yang sama untuk membuat cover lampin kain moden. Sebenarnya wetbag ni banyak fungsinya simpan baju renang yang basah, atau pakaian yang basah sekalipun boleh…sebab KALIS AIR! J

-Ketika travelling anda juga perlu kepada flushable liner atau nappy liner (lapis yang boleh diflush) dan cloth wipes (pelap kain)

-ianya penting sebab kalau kita lapiskan kat bahagian punggung bayi tu dengan nappy liner cd kita akan kurang kotor terutama ketika bayi poo poo (kesan kuning tu akan melekat pada liner bukan pada inner poket tu cd tu)

2.     Berapa banyak duit yang akan saya belanjakan untuk penggunaan lampin moden?

Ianya adalah bergantung kepada jenis lampin yang anda pilih. Purata duit yang dilaburkan untuk pembelian lampin ialah dalam rm360 (untuk 12 keping lampin-1 dozen) hingga rm720 (untuk 24 keping lampin).

Berbanding penggunaan  lampin pakai buang yang boleh mencecah hingga rm3024.00  (hanya untuk seorang anak!) Jika dilihat dari aspek ini anda memang boleh berjimat dengan penggunaan lampin kain moden lebih-lebih lagi ianya boleh digunakan lagi untuk bakal adik-adiknya nanti!

JENIS LAMPIN KOS SEKEPING KOS

SEHARI

KOS SEBULAN KOS SEHINGGA 3 TAHUN  
LAMPIN PAKAI BUANG RM0.40

(merujuk kpd harga yg paling murah)

RM2.80

(RM0.40 X 7 Lampin)

RM84.00 RM3024.00  
LAMPIN KAIN MODEN RM40.00 RM400.00

(RM40.00 x 10 set Lampin)

RM960

RM40.00 X 24 set Lampin)

-Bagi pemakaian secara ekslusif

RM960.00  
           
Kesimpulannya….biar Anda tentukan!    
   

 

3.     Berapa kerap saya perlu menukar lampin bayi?

 Anda tidak digalakkan membiarkan lampin bayi anda tidak bertukar melebihi 3 jam disebabkan risiko kepada jangkitan kuman (yalah kan lampin yang dah digunakan tu dah ada air kencing atau dah kotor oleh najis..), jadi anda kena pastikan jam untuk penukaran lampin ni setiap 3 jam sekali.

Jadual Pemakaian Lampin Moden Untuk Seharian

 

 

 

Masa

 

6 am -10 am

 

10am-2pm

 

2pm-6pm

 

6pm-10pm

 

10pm-Hingga keesokan pagi

Jumlah pemakaian CD untuk tempoh siang dan malam
Bilangan pemakaian Lampin Moden  

1 CD 1 insert

 

1 CD 1 insert

 

1CD 1 insert

 

1CD 1 insert

 

1CD 2 insert

 5 CD 6 insert

*P/s: Sila sediakan 1CD dan 1 insert lebih dari jadual di atas,kerana  sekiranya baby poo atau membuang air besar kita tidak perlu menunggu 4 jam untuk menukarnya kerana dikhuatiri bakteria di najis bayi itu akan menyebabkan punggung bayi mengalami kemerahan seperti ruam, terima kasih.

4.   Bagaimana cara basuh lampin kain moden? 

Letakkan lampin yang kotor yang telah dijirus sedikit  ke dalam  baldi (sekiranya berada di rumah) atau dalam wetbag-tak perlu jirus (sekiranya berada di luar rumah) anda boleh membasuh dalam selang 3 hari sekali, dan ianya bergantung berapa banyak lampin yang anda ada. CD boleh dibasuh menggunakan cucian tangan atau mesin basuh, sebelum meletaknya ke dalam baldi  siram dulu sisa air kencing or najis bayi yang terdapat dalam lampin. Untuk membasuh gunakan serbuk pencuci yang tidak mengandungi bahan peluntur atau pelembut fabric.

Tip saya!:Mengikut pengalaman saya pula kadang-kadang kalau nak membuatkan  lampin berbau segar,  saya titikan bebrapa titisan cecair pencuci pinggan sunlight ke dalam air basuhan cd (di samping saya letakkan serbuk pencuci. Cd akan berbau segar-dan bilas seperti biasa di akhir mencuci)

Tip saya!: Gunakan hanya ¼ sahaja serbuk pencuci (hanya sedikit)

5.     Adakah saya perlu membasuh cd yang baru dibeli sebelum memakainya?

Ya. cd anda perlu di ‘prewash’ atau dicuci kali pertama sebelum cd yang baru dibeli itu digunakan. Anda perlu basuhnya dengan 3 kali basuh dan 3 kali kering (kalau tak faham sila klik sini cara basuh). Peluntur fabric adalah sangat tidak sesuai (sangat kasar)  untuk kulit bayi dan juga boleh merosakkan gentian fiber kain lampin, ianya juga boleh merosakkan keanjalan kain pul lampin dan memendekkan jangka hayat lampin anda. Yang bestnya setiap kali dibasuh lampin akan menjadi lebih berkuasa penyerapan (tapi jangan lupa elakkan detergent yang ada bahan peluntur atau enzim yang kuat serta pelembut fabric)

6.     Macamana nak membersihkan kotoran degil yang melekat di lampin ?

Sekiranya cd anda masih kekuningan selepas anda membasuhnya (terutamanya insert cd (lapik dalam) sebab inner poket cd yang diperbuat dari kain fleece adalah anti kotoran / tidak mudah lekat kotoran). Jemurkan sahaja di bawah panas terik matahari (matahari adalah peluntur semulajadi!-anda akan lihat apabila insert cd dah kering kesan kuning akan luntur sendiri). Anda boleh juga perahkan jus lemon sebelum insert cd dijemurkan di bawah panas matahari –anda akan dapati kotoran degil akan menghilang! J

Tip saya: Rasa susah nak cari buah lemon? Haa mudah jer, just guna pencuci sunlight (kalau saya biasa pakai yang lemon tu) caranya titikan sahaja sedikit ke atas kotoran degil dan sental sedikit kat bahagian kuning yang kotor tu gunakan tangan kemudian bilas macam biasa.

7.     Lampin kain VS Lampin pakai buang (yang mana lagi best?)

Walaupun cd berkait rapat dengan isu pemeliharaan alam sekitar, sebenarnya cd adalah cara yang sesuai sekali untuk menjimatkan perbelanjaan isi  rumah ianya juga adalah antara sebab utama untuk kita memikirkan keperluan  bertukar dari lampin pakai buang kepada lampin moden. Ianya  perlu dilakukan untuk anda dan juga bayi anda. Jika diamati sebaiknya keperluan bertukar kepada lampin moden bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi anda tapi juga diri anda sendiri J . CD sememangnya sangat bermanfaat untuk  mengelakkan pencemaran alam sekitar, sebenarnya ianya juga adalah pilihan tepat dari segi penjimatan kos jangka panjang dan ianya adalah selamat dan sihat untuk bayi kita

Lampin pakai buang (seperti yang saya nyatakan di tulisan saya sebelum ini)antara bahan-bahan yang terlibat dalam pembuatannya :-

  • Plastik Polyethylene dan polypropylene
  • Pulpa kertas yang telah dilunturkan menggunakan peluntur
  • Bahan gel
  • Petrolatum (sejenis bahan yang didapati dari petroleum)
  • Steril alcohol, cellulose tissue, elastic, and perfume

 

Kebanyakan bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan lampin pakai buang ini  terdedah kepada bahaya kesihatan. Terdapat beberapa kajian saintifik telah menunjukkan  bahan pewangi dan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang menyebabkan peningkatan penyakit asthma (lelah) dalam kalangan kanak-kanak. Apabila anda memikirkannya sejenak…BOLEHKAH anda membiarkan bayi anda menghabiskan paling kurang 2 tahun dalam hidupnya menggunakan lampin pakai buang yang berbahaya ini??….

 CD adalah sebenarnya adalah sepertimana yang anda lihat-IANYA ADALAH KAIN!.  

Kami mengharapkan ANDA mempertimbangkan AGAR MENGGUNAKAN cd untuk anak-anak anda yang tersayang! Siapa lagikah yang lebih prihatin untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak?-orang lain?…(oh mungkin tidak..) Fikirkanlah…anak kita tanggungjawab kita! Saya telah mula menyahut cabaran cd ini (dan ternyata tidak rugi percubaan saya untuk melakukan perubahan ini  )…dan anda pula bila nak memulakannya?….fikir-fikirkanlah…Saya berani jamin-sekali anda mencuba untuk memakaikan cd buat si manja anda, anda pasti tidak akan mahu menggunakan lampin pakai buang lagi :)

INGATLAH…ANAK KITA ADALAH AMANAH ALLAH UNTUK KITA,.. SANGGUPKAH KITA MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB INI??

‘ANAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA’

Oleh:

Pn Rahimah

(PERINGATAN KEPADA YANG HENDAK MENGGUNAKAN ARTIKEL INI SILA MINTA KEBENARAN PENULIS DAN BERI KREDIT DENGAN MELETAKKAN LINK ARTIKEL ITU KE LAMAN WEB SAYA http://www.mommyandbebe.com/blog/

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Photobucket