Mommyandbebe Bamboo Clothdiaper (Newest Edition!)

Posted by admin | Posted in Bamboo | Posted on 14-05-2010

Tags:

Looking For Reseller (Malaysia & Brunei),
Interested please email us at
TERBARU!!!-Mommyandbebe Bamboo Cd (New Edition!!)
Tidak lama lagi kami akan memasarkan lampin jenis organik iaitu lampin yang diperbuat daripada bamboo
berikut ini adalah preview bagi ciri-ciri dan rekabentuk lampin yang akan dijual di mommyandbebe.com

Cara Mencuci Insert Bamboo & Hemp

Posted by admin | Posted in Bamboo, Cuci Lampin, Hemp Insert, hemp | Posted on 12-02-2010

Tags: , ,

Cara mencuci insert jenis bamboo dan hemp:

Sebelum menggunakannya anda perlulah:

  • Gunakan Hanya sedikit sabun cuci yang tidak ada bahan peluntur/pemutih, tiada pelembut dan bukan yang mempunyai enzim yg kuat.
  • Basuh 3 kali (proses bertiga-tiga: basuh lepas tu keringkan hingga 3 kali proses ini -berulang)menggunakan air panas
  • Pada cucian kali pertama, hanya gunakan separuh daripada scoop penyukat serbuk pencuci (klau takde disertakan, maksudnya gunakan sedikit sahaja daripada kebiasaannya anda menggunakan serbuk pencuci). Untuk cucian kali kedua dan ketiga anda hanya basuh menggunakan air sahaja tak perlu sabun basuh.
  •  Keringkan lampin yang telah dibasuh. Anda juga boleh mengeringkannya menggunakan mesin pengering kain TETAPI HANYA gunakan cool dan warm cycle sahaja. Sekiranya anda gunakan hot cycle ianya boleh menyebabkan lampin anda rosak. Tapi yang terbaik  ialah menjemurnya di bawah sinaran cahaya matahari.

       Kenapa ianya perlu dilakukan?

  • Hemp dan bamboo insert adalah fabric  semulajadi, ianya mengandungi lembapan semulajadi (minyak).
  • Jadi  perlu dibasuh beberapa kali sebelum ianya berfungsi dengan daya serapan tinggi.
  • Hemp dan bamboo insert adalah sangat berkuasa menyerap cecair (untuk lampin bayi-ia berkuasa menyerap kencing bayi), dan untuk setiap kali proses mencuci yang dilalui oleh kedua jenis insert ini ianya akan semakin berkuasa menyerap cecair.
  • Selepas 3 kali basuhan tadi (3 kali basuh dan 3 kali kering). Barulah Insert hemp dan bamboo tadi boleh dibasuh bersekali dengan lampin yang lain.
  • Sebenarnya selepas melalui 3 kali cucian tadi, insert hemp dan bamboo ini belum lagi mencapai tahap maksima daya penyerapannya sehinggalah ia dibasuh sebanyak 12 kali basuhan. Tetapi untuk pra cucian / pre wash memadailah sebanyak 3 kali kerana sudah tentu ianya akan sentiasa dibasuh dari masa ke semasa ketika anda memakaikannya untuk bayi anda, dan yang bestnya semakin basuh semakin ianya berdaya kuasa tinggi menyerap cecair kencing bayi anda!

 

Insert Bambu / Bamboo insert

Insert Bambu / Bamboo insert

Hemp Insert

Hemp Insert

Related Posts with Thumbnails
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Photobucket