Posted by mamasofwa on 08/02/2010
Hai semua, terima kasih kerana berkunjung ke blog ini, tempat kami memberikan khabar tentang apa-apa saja yang terkini di website online kami mommyandbebe.com, oh ya sebelum terlupa terbanyak bicara kami nak berkongsi cerita tentang lampin terbaru yang baru sampai di mommyandbebe.com, pertama: lampin berpelekat velcro plain (dgn warna warna pastel yang pasti menambat hati anda…dan ya termasuk saya sendiri. Sebab color ni jarang didapati setakat ini kat pasaran Malaysia ni, kebanyakan yg ada warna yang terang benderang dan memang cantik juga bukan tak cantik . Ok sila lihat gambar di bawah ni koleksi terbaru dari kami jom layan dulu…:)
ni lah buah tangan terbaru kami untuk pelanggan setia M&B (mommyandbebe), tengok colornya…canteek kan ke perasan sendiri hehe kemudian kami juga membawakan kepada anda seperti yang kami janjikan sebelum ni dan kami telah pun mewar-warkannya di website M&B, jom layan gambarnya…..

Untuk pengetahuan ramai juga pelanggan M&B tertanya-tanya APA BENDANYA MINKY TU YER…? sebenarnya minky cd ni sama juga seperti lampin lain ciri-cirinya ialah
-
Kain PUL adalah dari jenis minky fabric: (What is Minky fabric? What in the world is Minky fabric?
Minky fabric is the newest in luxurious, silky soft microfiber fabric. It rivals cashmere in softness and resembles real mink in touch. One customer described it “like petting a newborn baby rabbit”. The baby market has picked up on Minky fabric and fabricates everything from blankets, outfits, and robes to baby room accessories and toys. There are different variations in flats and textures: minky with dots, lines, diamonds, and short or long pile. The color variations of the different minkies are usually in pastels with a few brights available. Be careful of imitations – they just are not as soft.
-
Lapisan poket lampin yang akan menyentuh bum baby pulak adalah dari kain microsuede (what is microsuede fabric?: Has the appearance of regular suede but is much easier to care for. It does not easily stain and washes beautifully. Suedecloth is commonly used for the interior of diapers due to its ease of care and wickability)
-
Dan ciri lain lampin ini adalah ianya jenis berpoket, terdapat dalam dua jenis pelarasan pinggang sama ada velcro or button snap, dan ianya sudah semestinya one size-saiz boleh diubahsuai menggunakan butang dari saiz s hingga XL!
-
Berikut adalah gambar yang diambil dari jarak dekat Kain PUL jenis minky:-


Filed Under: Minky Comments:
Posted by mamasofwa on 17/01/2010
Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?
Tetapi, setelah menggunakan lampin pakai buang selama bertahun-tahun , setelah saya “membuang wang” dan “membuang segala kebaikan” lampin kain, saya berpeluang menggunakan lampin kain moden (CD) pada anak saya yang ketujuh dan kini hanya mampu mengatakan “kalaulah masa boleh berputar kembali dan lampin moden ini wujud, kesemua anak saya yang lain tidak perlu memakai lampin pakai buang”.
Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.
Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:
1. Dari Segi Kesihatan Dan Pencemaran Alam Sekitar
a) Lampin pakai buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu dioxin yang terhasil dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.
b) Lampin pakai buang juga mengandungi sodium polyacrylate yang berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Ini disebabkan oleh bakteria yang bertindakbalas dengan ammonia di dalam air kencing, alahan, kepanasan dan kekurangan pengudaraan akibat pemakaian lampin pakai buang yang terlalu lama.
c) Lampin pakai buang juga mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. d) Lampin pakai buang juga dikaitkan dengan asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.
e) Lampin pakai buang juga merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.
2. Dari Segi Kos
Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.
(a)Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:
Jika menggunakan lampin pakai buang: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu. RM0.50 sekeping X 6=RM3.00 sehari RM3.00 X 365 hari=RM1095 setahun RM1095 X 3 tahun = RM3285 untuk seorang anak Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya……..( kalau 7 anak seperti saya???) Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD) Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah, bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan. Sehelai CD (termasuk insert) = RM45 Beli 12 helai: 12 X RM 45 =RM540 Beli 20 helai:(lebih banyak CD , lebih tahan lama kerana lambat lusuh) 20 X RM45 = RM900 sahaja !!! Kos lampin kain kekal . Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga.
(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas.
Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (earlier potty training)
3. Dari Segi Keselesaan dan Kecantikan
Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.
(Sumber dari Blog Mum7kid.blogspot.com)

Posted by mamasofwa on 15/01/2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelanggan dan pengunjung www.mommyandbebe.com dengan sukacitanya kami nak memaklumkan kepada semua yang kami akan membuka semula program kutu lampin yang pernah kami iklankan sebelum ini di blog lama kami. Untuk menggalakkan lagi para mama di luar sana menikmati kebaikan bahkan penjimatan lampin moden ini kami berbesar hati untuk menjemput anda semua menyertai program ini. Berikut adalah terma dan syaratnya:-
1. Ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat
2. Perlu ada seorang ketua (ibu kutu) dan beliau bertanggungjawab dengan setiap anak-anak kutu yang berada di bawahnya. Ibu kutu juga bertanggungjawab untuk mencari anak-anak kutu bagi memenuhkan bilangan group tersebut.
3. Bagi yang berminat untuk menjadi ibu kutu (ketua grup program kutu lampin) anda boleh menghubungi kami di mommyandbebe@gmail.com , nama-nama mereka ini nanti juga akan dipamerkan di ruang hadapan website www.mommyandbebe.com agar pelanggan lain yg ingin mengikuti program ini dapat menghubungi mereka seterusnya dapat menyertai skim ini, dibawah ibu kutu yang telah dilantik nanti
4. Keistimewaan menjadi ibu kutu ialah mereka akan mendapat giliran pertama mendapat lampin, selain itu mereka juga akan mendapat free gift
—> JOM SERTAI KAMI!!! CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!
5. Lampin akan diperolehi setelah pembayaran penuh dibuat setiap bulan (pada setiap akhir bulan-tarikh pembayaran adalah mengikut budi bicara ibu kutu masing-masing)
PAKEJ KUTU LAMPIN MODEN MOMMYANDBEBE.COM
PAKEJ A : 5 CD 10 INSERT (3 JENIS VELCRO DAN 2 JENIS BUTANG-BRAND COOLABABY) + KOS POSLAJU: RM192
-BAYARAN BULANAN (PILIHAN)
- JIKA AHLI KUTU 3 ORANG (BAYARAN SEBANYAK RM64.00 SELAMA 3 BULAN)
- JIKA AHLI KUTU 5 ORANG ( BAYARAN SEBANYAK RM38.40 SELAMA 5 BULAN)
PAKEJ B: 2 CD 4 INSERT (JENIS VELCRO COOLABABY) + 2 INSERT HEMP + 1CD 2 INSERT (PRINTED CD) + KOS POS = RM210
- JIKA AHLI KUTU 3 ORANG (RM70 X 3 BULAN)
- JIKA AHLI KUTU 5 ORANG (RM42 X 5 BULAN)
PAKEJ C: 3CD 6 INSERT (JENIS BUTANG-COOLABABY) + 2 CD 2 INSERT (JENIS VELCRO-OHMYBABY) + WETBAG + KOS POS = RM225
- JIKA AHLI KUTU 3 ORANG (RM75 X 3BULAN)
- JIKA AHLI KUTU 5 ORANG (RM45 X 5 BULAN)
PAKEJ D: 1CD 2 INSERT (JENIS BUTANG-RAINBOW BB) + 2 CD 4INSERT (BUTANG-COOLABABY) + 1CD 1INSERT (OHMYBABY-VELCRO) + WETBAG + POS = RM189
- JIKA AHLI KUTU 3 ORANG (RM63 X 3 BULAN)
- JIKA AHLI KUTU 5 ORANG (RM37.80 X 5 BULAN)
PAKEJ E: 2 CD 4 INSERT (BUTANG-COOLABABY) + 2 CD 4 INSERT (VELCRO-COOLABABY) + WETBAG + POSLAJU = RM189
- JIKA AHLI KUTU 3 ORANG (RM63 X 3 BULAN)
- JIKA AHLI KUTU 5 ORANG (RM37.80 X 5 BULAN)

Posted by mamasofwa on 04/01/2010
1. Basuh dahulu pad/pantyliner yang baru sebelum digunakan. Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh.
2. Letakkan bahagian wings mengelilingi bahagian bawah seluar dalam anda. Bagi pad, pastikan flannel/ microfleece ( permukaan atas yang ditunjukkan dalam blog ini) adalah bahagian atas yang menyentuh kulit (vagina) anda dan fabrik fleece adalah bahagian bawah yang menyentuh seluar dalam anda. Fleece adalah sejenis fabrik yang agak ‘berbulu’ dan tidak licin jadi pad akan terletak kemas pada tempatnya dan tidak mudah bergerak-gerak. Pasangkan snaps (butang) yang terdapat pada bahagian wings pad tersebut.
3. Jangkamasa pemakaian pad adalah bergantung kepada individu, sama ada mengeluarkan darah haid yang banyak atau tidak. (Kebiasaannya, medium /regular pad boleh dipakai sehingga 4 jam) Pad yang telah digunakan seelok-eloknya dibilas sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Pastikan diperah dengan baik sehingga tiada air yang meleleh. Anda boleh juga melipat dan menyimpan terus pad yang telah anda gunakan ke dalam wet bag dan membasuhnya kemudian. Jangan risau kerana pad yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau disposable pad yang telah digunakan.
4. Pad boleh dibilas dan direndam dahulu ( antara 2 minit sehingga 24 jam) sebelum dimasukkan kedalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Sekiranya ada darah yang “degil”, anda boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya bekas darah (stain) mudah tanggal. Microfleece yang terdapat pada heavy/overnight pad pula adalah material yang stain resistant, jadi darah tidak akan melekat pada permukaannya dan sangat mudah dibasuh. Jangan sental pad dengan kuat menggunakan berus untuk mengelakkan fabrik dari mudah rosak. Anda boleh juga membasuh pad anda dengan tangan sewaktu anda mandi, jadi ia hanya mengambil sedikit sahaja dari masa anda.
5. Seperti cloth diaper, jangan campurkan softener atau clorox semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Purata jangkahayat pad adalah sehingga 5 tahun sekiranya dijaga dengan baik.
6. Selain digunakan sewaktu datang haid, pantyliner/pad juga sesuai digunakan oleh gadis-gadis remaja yang ingin tampil bersih atau bagi orang-orang tua yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.
(taken from mum7kis blog)
Posted by mamasofwa on 01/01/2010

Gunakan pad atau pantyliner dari kain? “
Ho..ho..tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk dan bekerja“. Jika jawapan ini tidak asing bagi anda, saya fikir anda perlu berhenti dan berfikir sejenak…mengapa pada zaman moden ini,
cloth sanitary pad/pantyliner ini muncul dan seperti
cloth diaper, ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju (saya ulang-
di negara-negara maju) seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?
1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara jadi, saya tidak perlu untuk menerangkan semula segala kebaikan tersebut kerana anda lebih bijak untuk menilainya.(Sila rujuk label WHY AND HOW? -”mengapa perlu bertukar ke lampin kain moden”)
2. Perbezaannya ialah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah “kotor” anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.
3. Disebabkan pad/pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang “stain-resistant” jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek ‘hygenic‘ nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.
4. Pemakaian
cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada
disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke
cloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan
disposable pad yang berkualiti rendah!
5. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.
6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth pad dan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!! Ramai kawan saya juga telah melakukan perubahan yang sama dan kini saya ingin berkongsi perkara yang baik ini dengan anda semua. Buat pengetahuan anda, saya masih mempunyai 2 packs ( 2 x 10 pcs) disposable pads yang telah saya beli sebelum ini yang masih tersimpan dan tidak lagi saya gunakan! Kini tiba giliran anda untuk melakukan perubahan. Anda tidak akan rugi apa-apa untuk mencuba kerana lumrahnya, kita sendiri yang akan tahu kebaikan sesuatu yang baru setelah kita mencubanya sendiri.
(taken from mum7kids Blog)
Posted by mamasofwa on 25/12/2009
coolababy review